Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab ketika saya dicemuh rakan2, awaklah tempat saya mengadu dan menangis. Minta maaf sebab habiskan masa awak dengar saya menangis dan menangis tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut saya. Awak tetap di situ. I'll be your crying shoulder, kata awak.
Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab tika keluarga tidak memahami saya, awaklah tempat saya luahkan ketidakpuasan hati ini. Awak tak berhenti menasihati saya untuk tidak terus menerus menyalahkan mereka. They did for your own good, kata awak.
Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab ketika saya menghadapi tekanan awak biarkan sahaja saya melepaskan amarah pada awak. Awak diam aje bila saya marahkan awak tanpa sebab. At the end awak tanya "Dah habis dah ke marah tu?"
tuhan.. andaiku masih diberi kesempatan untuk mencintainya.. izinkan aku mencintainya dengan sepenuh hatiku.. dan.. jika aku pergi dulu sebelumnya.. kau hadirkanlah kepadanya.. insan yang lebih baik daripadaku..

No comments:
Post a Comment